Monday, 15 October 2012

Senarai Penulis Kaum India

Berikut adalah senarai Sasterawan Kavyan yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Senarai CERPENIS sejak tahun 1930 ini dipetik dari majalah Tunas Cipta, Oktober 2012.

1 - Amerjit Singh
4 - Elavarassan Suppiah
6 - Ignatius Dev
7 - Kamalah Suppiah
8 - Krisna Velu Ravi
10 - N. S. Maniam
12 - A. Nagappan
13 - Omana Nair
14 - P. Palaniappan
15 - Parveen Kaur Gill
17 - Rajendran Rengasamy
19 - Sanisha Bogaraja
22 - Suresh Kumar Vijayathevan
24 - Thilagavathi Arumugam

Nota: Nama penulis PUISI yang disenaraikan dalam Tunas Cipta, Oktober 2012 termasuk Joseph Selvam, Ramakrishnan Ramasamy dan Raja Rajeswari Seetha Raman. Makalah “Speaking in Tongues: The Kavyan Writers” memberikan maklumat terperinci mengenai Sasterawan Kavyan. Senarai di atas adalah tidak menyeluruh (kerana ada nama cerpenis yang tercicir) tetapi masih boleh dijadikan rujukan untuk memilih teks bagi acara Baca Cerpen Kavyan 2012 (3 November 2012), Baca Cerpen Kavyan 2013 (26 Mei 2013) dan Baca Cerpen Kavyan (1 September 2013). Baca juga - Kavyan Buka Keahlian Kepada Umum dan Sejarah Penubuhan Kavyan

* Balachandran (mendiang) adalah penulis Tamil yang turut berjaya menulis sebuah NOVEL Bahasa Malaysia. Novel sulung Thanusya Shanmuganathan terbit pada Oktober 2014. Novel sulung Venoo Kuppusamy dilancarkan pada Mac 2015. Novel sulung Sardah Appalasamy terbit pada Disember 2015. 

Penulis MAKALAH pula ialah Kughan Nadarajah, Thiruselvam Padmanabhan dan VK Ezhilarasi Velautham.

Dalam akhbar Mingguan Malaysia (26 Mei 2013), dinyatakan bahawa hanya ada empat penulis kaum India yang masih berkarya secara konsisten sehingga kini dalam menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Malangnya, nama empat penulis terbabit tidak pula dinyatakan.

Mencari maklumat penulis Tamil? SILA KLIK DI SINI

Jika anda mengenali penulis lain yang layak dimasukkan dalam senarai "Sasterawan Kavyan", sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my dengan kadar segera. Baca juga: Penulis Kaum India dalam Penulisan Kreatif, Di Mana Penulis Kaum India? dan Jawatankuasa Kavyan.