28 Nov 2009

Maklumat Kavyan

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) diasaskan pada 22 Ogos 1999 oleh sekumpulan penulis dan peminat karya sastera Bahasa Malaysia daripada kalangan kaum India. [Baca sejarah awal DI SINI]
.
Kavyan berpegang pada prinsip “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia” dalam mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya. Kesemua aktiviti Kavyan terbuka kepada umum tanpa batas kaum. [Tolak perkauman, pupuk perpaduan]
.
Acara Baca Cerpen Kavyan selama 96 jam 32 minit berjaya mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records. Kavyan juga merupakan penerima Anugerah Budayawan Selangor 2005.
.
Kavyan sering mendapat kerjasama daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Alaf 21 Sdn Bhd, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor, Pusat Komuniti ERA, Kolej SEGi Subang Jaya, Kolej The One Academy, Kolej Antarabangsa SIT Klang, Kolej MARA Banting, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, media elektronik, media cetak, organisasi dan orang perseorangan yang sama-sama mencintai bahasa dan sastera kebangsaan.
.
Aktiviti Kavyan termasuk Apresiasi Sastera Kanak-kanak di sekolah rendah, Apresiasi Sastera Remaja di sekolah menengah dan kolej, Bengkel Cerpen Kavyan untuk membimbing penulis cerpen, Diskusi Sastera Kavyan untuk membincangkan karya secara ilmiah, serta Kunjungan Sastera Kavyan ke estet dan kawasan luar bandar.
.
Pada Julai 2004, Kavyan dan DBP mula menggunakan istilah “Sastera Kavyan” untuk merujuk pada karya bahasa kebangsaan yang dihasilkan oleh penulis kaum India di Malaysia. Istilah “Sasterawan Kavyan” pula merujuk pada kumpulan penulis berkenaan. [BACA LAGI]
.
Perkembangan aktiviti Kavyan boleh dirujuk di Blog Kavyan dan Surat Berita Kavya manakala rangkuman aktiviti 2003/2004 boleh dibaca DI SINI dan laporan ringkas pada 2010 boleh dibaca DI SINI manakala alamat e-mel rasmi adalah infokavyan@yahoo.com.my ... Baca juga: Kavyan Buka Keahlian Kepada Umum.

1 comment:

  1. Salam singgah...
    semoga kita dapat berkenalan secara lebih dekat.

    Cikgu Tan CL

    ReplyDelete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!