16 Sept 2015

Biodata Teh Hun Yi

Teh Hun Yi dilahirkan di Kepong, Kuala Lumpur. Beliau mula menaruh minat terhadap melukis sejak di bangku sekolah. Pemuda ini terus menimba pengalaman dalam bidang lukisan dengan menjadi penolong kepada ilustrator tempatan terkenal selepas tamat pendidikan sekolah menengah. Kini, Hun Yi menjawat jawatan sebagai ilustrator di Exact Publisher Sdn Bhd dan banyak menghasilkan ilustrasi buku dan majalah serta kulit depan novel, termasuk ilustrasi bagi buku Nari! Nari! (2015) dan Ikan Patin dan Beruang Besar (2017).