29 Apr 2014

Pandangan Pembeli


Dari semasa ke semasa, saya menjual buku secara dalam talian (online). Sambutan yang diterima sehingga kini amat memberangsangkan dan membanggakan. Selain daripada buku-buku sendiri, saya juga berusaha menjual buku beberapa pengarang lain.


Buku-buku yang dijual ini saya pilih sendiri berdasarkan mutu; khususnya mutu bahasa dan nilai sastera/intelek. Usaha juga dibuat bagi memastikan pembeli berpeluang memiliki buku-buku berkenaan secara mudah dan pada harga yang rendah. [Contoh Ulasan Buku]

Saya memberi jaminan bahawa tidak ada sebarang niat mengaut keuntungan melalui jualan secara dalam talian ini. Sebaliknya, sebagai usaha membantu rakan-rakan penulis agar buku mereka sampai kepada khalayak, serta khalayak pula berpeluang membeli buku-buku bermutu dengan lebih mudah dan lebih murah.

Jualan ini diusahakan secara sah menerusi syarikat Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya (SA0184670-H) menerusi polisi Jaminan Bahan Bacaan Bermutu.

Berikut pandangan beberapa rakan yang pernah berurusan dengan saya. Jika anda juga pernah membeli buku secara dalam talian daripada saya, harap sudi kemukakan pandangan (uthayasb@yahoo.com.my) untuk dimuatkan di sini.

“Saya sangat berpuas hati dengan pembelian buku dalam talian yang ditawarkan oleh Uthaya. Di samping harga diskaun yang murah, saya juga dapat menjimatkan masa saya untuk mencari buku-buku tersebut di kedai buku. Malah kebanyakan buku yang ditawarkan amat sukar untuk diperoleh di kedai-kedai buku di luar. Saya harap usaha ini diteruskan.” – Mohd Nor Syahrir Abdullah, Gunong Semanggol, Perak

“I have purchased four books from Uthaya and I am fully satisfied with the professional, efficient and prompt service rendered which included supplying of the parcel’s tracking number (PosLaju). Despatch of books were carried out almost immediately after proof of payment was shown.” – Gopala Krishnan, Dungun, Terengganu

“Kejujuran dan amanah adalah penting dalam apa-apa jua urusan terutama dalam pembelian secara dalam talian. Saudara Uthaya Sankar SB telah membuktikan memiliki kedua-dua nilai ini. Saya percaya kepadanya kerana semua urusan dengannya selama ini berjalan dengan baik dan teratur.” – Kamaludin Endol, Kuantan, Pahang

“Buku-buku yang lebih murah. Dan perkhidmatan yang memuaskan. Nah, apa lagi kauharapkan untuk menjamah karya-karya sastera bermutu?” – Azrin Fauzi, Pulau Pinang

“Saya adalah antara pembeli yang berpuas hati dengan khidmat jualan buku saudara Uthaya. Judul-judul buku menarik, diskaun yang hebat dan kiriman yang cepat.” – Nagathisen Katahenggam, Pulau Pinang

“Finally I received the book I wanted. Thanks for the fast and prompt delivery of the quality books. Keep up your great dedication to books and writing.” – Lalitha, Ampang, Selangor

“I am satisfied with the service provided.” – Bose, Penang

“I believe Uthaya’s effort to ensure good reading material to be bought online with a reasonable price tag is a commendable one.” – Darvin, Kulim, Kedah

“I managed to get some unique collection of books for myself and my children.” – Kasthuri, Sungai Petani, Kedah

“I find pleasure in receiving books through post. I believe in Uthaya’s book recommendation and surely would not be dissapointed.” – Ghanthimathi, Sungai Buloh, Selangor


“Book delivered on time and in excellent condition. A pleasant experience in purchasing book via online.” – Alexandar, Ipoh, Perak



Jika anda pernah membeli buku secara dalam talian daripada saya, harap sudi kemukakan pandangan (uthayasb@yahoo.com.my) untuk dimuatkan di sini.