4 Sept 2013

Biodata Rayner Sylvester Yeo

Rayner Sylvester Yeo berasal dari Sabah dan kini menetap di Selangor. Pemuda berdarah kacukan Cina, Murut dan Dusun ini suka menghabiskan masa lapang dengan tidur, menulis, membaca atau melayari internet (susunan adalah berdasarkan tahap kegemaran). Beliau lahir daripada perkahwinan antara dua individu yang berlainan kaum dan berlainan agama, serta mempunyai saudara-mara terdekat daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan. Rayner tidak bersetuju dengan arah yang sedang dituju Malaysia dewasa ini dan beliau sedang berusaha untuk menjadi sebahagian daripada arus perubahan. Rayner terlibat secara aktif dalam menjayakan acara Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) seperti bengkel penulisan dan baca cerpen. Beliau dilantik menjadi AJK Khas Kavyan pada Ogos 2013.