Saturday, 28 November 2009

Minit Mesyuarat 22 November 2009

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan


Tarikh : 22 November 2009 (Ahad)

Masa : 2:10 petang

Tempat : Kafe Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam



Hadir

Uthaya Sankar SB

Prakash Suriyamurthy

Prabhawathy Govindarajoo

Muniswaran Errisson

Magaenthiran Periaswamy


Beraral

Hemantha Kumar Nagappan




1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat


Uthaya Sankar SB yang mempengerusikan mesyuarat memaklumkan bahawa laman sesawang Kavyan di GeoCities yang dimulakan pada tahun 2001 sudah tidak wujud berikutan penutupan GeoCities pada 26 Oktober 2009. Bagaimanapun, maklumat aktiviti Kavyan boleh dirujuk di Blog Kavyan dan Facebook.



2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu


Minit Mesyuarat bertarikh 27 September 2009 [boleh dibaca DI SINI] dibentangkan oleh Setiausaha, Prabhawathy Govindarajoo dan disahkan oleh Magaenthiran Periaswamy.



3. Aktiviti 28 September – 22 November 2009


Jawatankuasa terbabit memberitahu mesyuarat (secara lisan, ringkas dan padat) mengenai aktiviti yang telah mereka selenggara/ kendalikan/ sertai.



Program Pengembangan Budaya Membaca

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)

Sibu, Sarawak

30 Septembar - 2 Oktober 2009

[Boleh dibaca DI SINI]



Program Pengembangan Budaya Membaca

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)

Sandakan, Sabah

5-7 Oktober 2009

[Boleh dibaca DI SINI]



Bulan Bahasa Kebangsaan di Bernama Radio24

7 Oktober 2009

[Boleh dibaca DI SINI]



Kavyan di Bernama Radio24

12 Oktober 2009

[Boleh dibaca DI SINI]



Pertandingan Fotografi Jom Bergaya dengan Buku

Tarikh tutup: 15 Oktober 2009

[Boleh dibaca DI SINI]



Program Pengembangan Budaya Membaca

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)

Cherating, Pahang

19-21 Oktober 2009

[Boleh dibaca DI SINI]



Pertemuan dengan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

22 Oktober 2009 (Khamis)

Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa pertemuan itu ditunda pada saat akhir berikutan mesyuarat tergempar MCA pada tarikh berkenaan. Sehingga kini, belum ada maklumat mengenai bila pertemuan akan diadakan.

[Boleh dibaca DI SINI]



Baca Cerpen Dr Othman Puteh

Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

24 Oktober 2009 (Sabtu)

[Boleh dibaca DI SINI]



Program Pengembangan Budaya Membaca

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)

Mersing, Johor

26-28 Oktober 2009

[Boleh dibaca DI SINI]



Bulan Bahasa Kebangsaan di MinnalFM

30 Oktober 2009 (Jumaat)

Uthaya Sankar SB telah diundang selaku Sasterawan Bahasa Malaysia dan Presiden Kavyan untuk memperkatakan mengenai sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.



Baca Puisi Dr Lim Swee Tin

Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

31 Oktober 2009 (Sabtu)

[Boleh dibaca DI SINI]



Bengkel Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar

Beaufort, Sabah

3-5 November 2009

[Boleh dibaca DI SINI]



Program Membaca di dalam Kereta Api

Perpustakaan Negara Malaysia & Kereta Api Tanah Melayu

8 November 2009 (Ahad)

[Boleh dibaca DI SINI]



Forum Malaysia-Indonesia Damai Melalui Penulisan

Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (MCPA)

15 November 2009 (Ahad)



Bengkel Cerpen Kavyan

22 November 2009 (Ahad)

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa bengkel berkenaan terpaksa dibatalkan kerana tiada penyertaan. Antara alasan adalah kerana cuti sekolah, balik kampung dan belum menerima gaji.

[Boleh dibaca DI SINI]



4. Aktiviti Akan Datang (2009)


Cadangan dan perancangan aktiviti bagi November dan Disember 2009; termasuk aktiviti di mana Kavyan diundang oleh pihak luar.



Bengkel Penulisan Cerpen

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)

Sandakan, Sabah

23-25 November 2009

[Boleh dibaca DI SINI]



Baca Cerpen OKU

Disember 2009

Prakash Suriyamurthy memaklumkan bahawa sudah ada 15 peserta OKU (buta/cacat anggota) yang bersedia mengambil bahagian. Magaenthiran Periaswamy akan mencari sukarelawan bagi membantu peserta OKU semasa acara. Uthaya Sankar SB akan berbincang dengan pihak Perpustakaan Raja Tun Uda untuk menetapkan tarikh dan masa acara ini sempena sambutan Hari OKU Sedunia.

[Boleh dibaca DI SINI]



Bengkel Cerpen Kavyan

20 Disember 2009 (Ahad)

Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

[Boleh dibaca DI SINI]



5. Aktiviti Akan Datang (2010)


Cadangan dan perancangan umum aktiviti bagi tahun 2010.



Bengkel Moral SPM

Prabhawathy Govindarajoo memaklumkan bahawa Bengkel Moral SPM yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan baik daripada calon SPM. Maka, bengkel ini wajar diadakan lagi pada tahun depan. Mesyuarat bersetuju sebulat suara. Tempat bengkel adalah di Perpustakaan Raja Tun Uda dan di sekolah-sekolah yang berminat. Bengkel akan diadakan pada Februari, Mei dan Ogos 2010.


Bengkel Penulisan Cereka UPSR

Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa Guru Besar SJK (T) Sungai Renggam, SJK (T) Ladang Midlands, SJK (T) Hicom dan SJK (T) Simpang Morib telah meminta supaya bengkel penulisan karangan (cereka) diadakan di sekolah mereka khusus bagi calon UPSR. Bengkel ini bukan berorientasikan peperiksaan tetapi lebih kepada membimbing murid-murid menghasilkan karangan cereka. Bengkel akan diadakan tiga bulan sekali di setiap sekolah; iaitu Januari-September 2010.


Baca Cerpen/Novel

Mesyuarat bersetuju supaya aktiviti Baca Cerpen yang menjadi “ikon” bagi Kavyan sejak tahun 2003 diteruskan pada 2010 dengan memilih cerpenis dan novelis yang prolifik dan bersedia memberi kerjasama dalam penganjuran aktiviti. Antara pengarang yang dicadangkan ialah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Allahyarham Dr Othman Puteh dan Ramlee Awang Murshid. Uthaya Sankar SB akan menghubungi penulis dan menetapkan jadual acara bagi 2010.



6. Hal-hal Berbangkit


Mesyuarat membincangkan cadangan Prabhawathy Govindarajoo dan Hemantha Kumar Nagappan pada mesyuarat lalu (27 September 2009) supaya pemberian elaun kehadiran dihentikan. Mesyuarat bersetuju sebulat suara.


Jawatankuasa Kavyan juga bersetuju untuk meneruskan pemberian sumbangan RM10.00 sebulan oleh setiap AJK. Sumbangan ikhlas ini perlu diberikan kepada Bendahari, Muniswaran Errisson; dan akan digunakan untuk menampung kos yang diputuskan sesuai oleh Jawatankuasa Kavyan. Misalnya, menampung perbelanjaan makan-minum semasa Mesyuarat Jawatankuasa.



7. Mesyuarat AJK Akan Datang


Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan akan datang ditetapkan pada akhir Januari 2010, pukul 10:00 pagi di Taman Sri Muda, Shah Alam. Sekiranya tarikh sambutan Thaipusam adalah hampir dengan 31 Januari 2010, maka mesyuarat akan diadakan pada 24 Januari 2010. Jawatankuasa akan dimaklumkan melalui e-mel dan SMS.



8. Penangguhan Mesyuarat


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:10 petang; diikuti minum petang.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!